Sabah mahu lunas dendam menentang JDT II

Sabah mahu lunas dendam menentang JDT II



Gambar: Utusanborneo 

Perlawanan penting kedua-dua pasukan  jumaat ini antara pasukan Sabah dan JDT II pasti menjanjikan aksi menarik. Perlawanan dijangka diadakan di Stadium Pasir Gudang 05.07.2019, sepak mula pada jam 8.45 malam. Bagi mereka yang tidak dapat datang ke stadium, boleh menyaksikan aksi ini di aplikasi MyCujoo. Boleh didownload di google play store.

Pada perlawanan pertama di stadium Likas, pasukan Sabah tewas 1-2 kepada JDT II. Gol kemenangan telah dijaringkan oleh bekas pemain Sabah Rozaimi Abd. Rahman melalui sepakan percuma cantik.

Baca:


Akan tidak ada perubahan drastik dalam pemilihan pemain jumaat ini menurut pengendali Sabah Jelius Ating. Alto Linus yang dilihat pemain terbaik Sabah dalam 3 perlawanan hampir pasti diturunkan walaupun flanker Maxsius Musa suda bersedia untuk diturunkan.

Azizan masih cedera walaupun suda turun berlatih. Cuma harus pulih sepenuhnya sebelum diturunkan beraksi. Dibahagian tengah akan dipikul oleh Ricco dan Ahmet Atayev. Hanya perubahan dibahagian pertahanan di mana Rawilson Batuil akan kembali beraksi dari pergantungan menggantikan Mafri Balang.

Di bahagian serangan masih lagi mengharapkan gandingan Rodoljub Paunovic dan Aguinaldo Mendes.

(4-4-2): Rozaimi Rohim, Park Taeso, Rawilson Batuil, Rendy Baruh, Evan Wensley, Jenius Karib, Ricco Nigel Milus, Ahmet Atayev, Alto Linus, Rodoljub Paunovic dan Aguinaldo Mendes.

Post a Comment

0 Comments