Konflik berterusan antara SAFA dan penyokong pasukan Sabah FA


Konflik berterusan antara SAFA dan penyokong pasukan Sabah FA


Bagaikan menemui jalan buntu, belum lagi reda dengan pelbagai isu timbul antara pengurusan SAFA dan penyokong bola sepak Sabahan @Rhinos. Di sebalik aksi pemain di atas padang yang kelihatan semakin meningkat. Tidak hairanlah sekarang ini pasukan Sabah memimpin kedudukan Liga Premier Malaysia 2019.

Pengurus pasukan Sabah, Henry Soimpon telah mencetuskan satu kenyataan kontroversi yang pastinya tidak akan disenangi para penyokong Sabah.
Hal ini kerana, dalam sebuah temuramah bersama-sama stesen radio tempatan Atukoi FM, Henry menyalahkan paluan gendang dan dram yang menghiasi suasana Stadium Likas.

Petikan ini admin ambil dari blogger Semuanyabola dari semenanjung. Wow, cepatnya isu ini viral di media sosial. Selepas kenyataan  pengurus SAFA ini pelbagai komen dan pandangan dari penyokong Sabah mengkritik cara SAFA menangani isu ini.

Baca:




Kita tidak tahu sama ada kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurus Sabah Tn. Henry Soimpon itu adalah pandangan peribadi beliau ataupun ia adalah juga pandangan kolektif  pengurusan SAFA.

Sebagai penyokong pasukan Sabah, sangat diharapkan ada jalan tengah buat penyokong dan SAFA untuk mengatasi masalah ini. Lebih-lebih lagi jika pasukan Sabah layak beraksi di Liga Super tahun depan. Kepentingan fan base sangat memainkan peranan bagi meningkatkan moral pemain. Tiada gunanya kita juara Liga Premier Malaysia tetapi penyokong diabaikan.

Liga Super mempunyai kelompok penyokong yang setia seperti Elephant Army untuk pasukan Pahang, Boys of Strait untuk pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), malah PKNS FC juga punya The Red Ants Ultras yang kental membawa  paluan gendang untuk memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing.

Post a Comment

0 Comments