Bersediakah SAFA beraksi di Liga Super 2020

 
Sumber gambar: TRT

Bersediakah SAFA beraksi di Liga Super 2020

Ramai pemerhati meramalkan pasukan Sabah akan layak ke Liga Super 2020. Hal ini jugalah harapan seluruh penyokong dan peminat bola sepak Sabahan. Ada dua blok penyokong yang terbesar di Sabah iaitu blok Tambadau dan blok pasukan Badak. Sebagai makluman penyokong Tambadau ini baru saja ditubuhkan selepas penukaran maskot dari Rhinos kepada Tambadau yang mendapat kritikan teruk dari penyokong.

Persoalannya di sini adalah bersediakah SAFA beraksi di Liga Super 2020 dengan pengurusan yang banyak aspek dipersoalkan penyokong tempatan. Kita tidak mahu pasukan kesayangan ini hanya semusim berada di Liga Super. Admin merasakan asas kekuatan sesebuah pasukan adalah memiliki satu 'fan base' yang kuat. Tidak kira beraksi di Stadium Likas mahupan di tempat lawan kehadiran penyokong tetap ramai.


Senario sekarang ini ialah pasukan beraksi baik tetapi stadium kosong. Hanya sekitar 1-1.5k saja kehadiran penyokong di Stadium Likas. Kehadiran penyokong ini amat rendah dan tidak membawa pendapatan kewangan kepada pasukan. Hal ini disebabkan pengurusan SAFA yang baru membuat sesuatu keputusan tanpa mengira pandangan penyokong bola sepak. Dengan kehadiran penyokong yang rendah secara tidak langusng moral dan semangat pemain juga akan turut terganggu.

Kita mahukan satu pengurusan yang lebih kolektif supaya perjalanan pasukan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan luar. Mungkin lesen kelab sebagai syarat bermain di Liga Super suda sattle namun ada banyak benda lagi yang harus diberi perhatian oleh pihak berwajib.

Cabaran pasukan dalam bermain di Liga Super berbeza berbanding dengan saingan Liga Premier Malaysia.

Adakah SAFA suda bersedia? ...



Post a Comment

0 Comments