JDT TMJ vs JDT Rest Of The World


JDT TMJ vs JDT Rest Of The World


Saksikan perlawanan melibatkan All star JDT berlangsung pada malam ini pada jam 8.45 (30 Jun 2019). Perlawanan hebat ini akan diadakan di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunus. Difahamkan perlawanan ini akan dibawa secara langsung di Iflix. Jangan lupa download aplikasi Iflix di google play.

Pasukan JDT TMJ akan diperkuatkan dengan tiga bekas bintang Perancis iaitu Pires, Makalele dan Malouda selain Tunku Ismail sendiri akan bermain di posisi tengah dan bergandingan Cambiasso, Materazzi serta Zambrotta.

JDT Rest of the World pula akan dibarisi beberapa legenda bola sepak dunia antaranya Rivaldo, Claudio Caniggia, Edgar Davids dan Bebeto.

Manakala penjaga gol kedua JDT, Izham Tarmizi ditugaskan sebagai penjaga gol JDT Rest of the World selain pemain Harimau Selatan yang lain termasuk Syazwan Andik Ishak, S Kunanlan dan Aidil Zafuan Abd Radzak.

Post a Comment

0 Comments