Lagi calon Puskas terjadi di Kuantan


Gambar pemain import Pahang, Herold Goulon melakukan sepakan percuma jarak jauh di minit ke-92 menentang Perak.

Lagi calon Puskas terjadi di Kuantan



Pemain Pahang, Herold Goulon mencipta satu lagi sejarah  apabila meledak gol ‘ajaib’ berpunca daripada sepakan percuma jarak jauh, malam tadi. Selepas turut menjaringkan gol pembukaan Tok Gajah pada minit ke-11, Goulon yang beraksi di bahagian pertahanan menyumbat jaringan kedua peribadinya dalam aksi berkenaan pada masa kecederaan.

Baca: Mengapa kehadiran penyokong ke Stadium Likas mengecewakan?


Sepakan percuma yang dilakukannya jauh di tepi garisan tengah padang, tidak menghalang bola melambung tinggi menuju ke arah gawang yang gagal ditangkap kemas penjaga gol Perak Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy. Jaringan pemain kelahiran Perancis itu pada perlawanan separuh akhir pertama Piala FA membuatkan pemain Perak terkedu yang menyaksikan gawang mereka bolos buat kali ketiga.

Kemenangan 3-1 itu turut menyaksikan Pahang meraih bekalan selesa ke Stadium Perak, minggu depan dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA 2019. Sebagai makluman, Malaysia pernah memenangi anugerah gol tercantik Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menerusi Faiz Subri pada 2016 menerusi sepakan percuma cantik.


Sumber: bharian

Post a Comment

0 Comments