Zakir Naik ceramah di Kelantan Ogos depan



Zakir Naik ceramah di Kelantan Ogos depan



Penceramah kontroversi Dr Zakir Naik dilapor akan mengadakan sesi jelajah empat hari ke Kelantan dari 7 hingga 10 Ogos depan.

Zakir dijadual menyampaikan khutbah Jumaat di Kubang Kerian, berdialog dengan penjawat awam, ahli akademik Kelantan dan golongan muda.

Kemuncaknya beliau akan menyampaikan "pidato penyatuan ummah: di stadium di Kota Bharu.

Kaedah penyampaian Zakir Naik adalah membandingkan agama lain mengikut fahaman Islam. Pendakwah ini telah banyak kali membawa saudara baru dalam Islam setiap kali mengadakan ceramah. Teknik membandingkan agama mengikut Islam mendapat kritikan dari orang ramai yang dianggap menghina agama mereka.

Sebagai makluman kini Zakir Naik dikehendaki oleh negara India atas kesalahan penggubahan wang. India telah pun meminta kerjasama dari Interpol untuk mendapatkan Zakir tetapi kerajaan Malaysia enggan berkerjasama. Selain itu Zakir Naik juga telah diberikan pendudukan tetap di Malaysia.

Post a Comment

0 Comments