Mengapa kehadiran penonton ke Stadium Likas mengecewakan?

Gambar sekadar hiasan

Mengapa kehadiran penonton ke Stadium Likas mengecewakan?


Topik perbincangan kita pada hari ini ialah Mengapa kehadiran penonton ke Stadium Likas mengecewakan? Bagi pandangan admin beberapa keputusan sendiri SAFA antara punca penyokong Rhinos tidak berpuas hati. Di samping mengabaikan fan base yang dilihat tulang belakang pasukan sebelum ini. Selain itu larangan dan beberapa peraturan yang telah ditetapkan SAFA turut menjadi faktor.

Dianggarkan kehadiran penyokong bola sepak ke Stadium Likas sekitar 1-1.5k sahaja. Walhal kehadiran penonton ke Stadium juga adalah satu cari menambah kantung kewangan pasukan dengan penjualan tiket seperti apa yang telah dilakukan oleh pasukan Kelantan. Tidak menyalahkan penyokong yang memboikot hadir ke stadium. Ia tanda protes kepada SAFA supaya lebih mesra penyokong. Tanpa penyokong pasukan tidak akan dapat maju ke hadapan.

Isu kenaikan harga tiket bagi admin bukanlah satu isu besar. Tambahan pula dengan segala kos pengurusan pasukan yang semakin tinggi. Sewajarnya harga tiket boleh dinaikkan. Tetapi SAFA seharusnya memberikan keselesaan sepenuhnya kepada penonton yang datang ke stadium. Disamping kualiti permainan pasukan yang semestinya dimahukan oleh peminat khususnya.

Seharusnya ada inisiatif dari SAFA untuk bertemu dengan kelab2 penyokong untuk kebaikan bersama. Tetapi sehinggah kini belum ada langkah ke arah tersebut. 

Di manakah silapnya, jom beri pandangan anda di ruangan komen...demi bola sepak Sabah tercinta...

Post a Comment

0 Comments