Selamat kembali ke Liga Super 2020 Sabah FA


Selamat kembali ke Liga Super 2020 Sabah FA


🏆 Liga Premier 2019 | Match 17 FT: JDT II [0 - 1]

Sabah SABAH LAYAK KE LIGA SUPER 2020, KINI FOKUS JUARAI LIGA PREMIER 2019 


Rembatan jarak jauh yang menakjubkan daripada Rodoljub Paunovic pada minit ke-60 telah cukup untuk Sabah menewaskan JDT II 1-0 di Pasir Gudang. Tahniah kepada semua pemain yang telah beraksi dengan cukup baik.

Gol tersebut berpunca daripada gerakan break-attack yang mengakibatkan pertahanan JDT II terlalu longgar. JDT II cuba sedaya upaya untuk menembusi gawang gol pasukan Sabah namun tidak berjaya untuk menembusi gandingan mantap Rawilson, Park, Evan dan Randy. Kehadiran penonton menyaksikan perlawanan ini seramai 2.5k lebih.

Sabah akan meneruskan misi menjuarai Liga Premier 2019 pada 9 Julai ini apabila menentang UiTM FC di Shah Alam. Kemenangan ke atas UiTM FC nanti bakal mengangkat Sabah selaku juara. Manakala perlawanan terakhir Sabah adalah bertemu Kelantan di Stadium Likas.

Kedudukan terkini Liga Premier Malaysia 2019



Post a Comment

0 Comments