Sabah mahu lunas dendam


Pengendali Sabah, Jelius Ating. - NSTP/Malai Rosmah Tuah

Pengendali Sabah, Jelius Ating tidak mahu sejarah kekalahan besar dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Perak, musim lalu, berulang malam esok.

Sabah mahu lunas dendam


Katanya, 'mimpi ngeri' dibelasah 5-0 oleh The Bos Gaurus itu perlu segera dilupakan dan perlu ditebus dengan keputusan baik apabila dua pasukan itu sekali lagi bertemu di gelanggang sama.

"Memang perlawanan itu (bertemu Perak musim lalu) satu kenangan pahit kepada pasukan tapi itulah Piala Malaysia dan itulah bola sepak, apa pun boleh berlaku.


"Kadang-kadang pasukan pilihan boleh ditumbangkan pasukan bukan pilihan dan itulah yang kita harapkan apabila bertemu Perak Ahad ini," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Likas, di sini.

Baca:
Perak vs Sabah live di tv2
Semangat "biar tunduk asal menanduk"
Pengadil Jepun beraksi cemerlang di final Piala FA 2019

Jelius berkata, skuad Tambadau yang juga juara Liga Perdana musim ini sudah melakukan persiapan rapi bagi menghadapi saingan Piala Malaysia dan berharap mereka akan mencatat keputusan baik dalam aksi pembukaan bertemu The Bos Gaurus walaupun mengakui ia satu tugas sukar.

"Kita sudah membuat persiapan sejurus selepas saingan Liga Perdana berakhir, selain sesi latihan, kami juga mengadakan dua perlawanan persahabatan, kami sudah bersiap sedia untuk kempen Piala Malaysia kali ini dan kami harap akan mampu memberi saingan sengit.

"Kami juga sudah melihat permainan Perak ketika mereka beraksi di pentas final Piala FA bertemu Kedah, mereka sebuah pasukan kuat dan kita menghormati mereka," katanya.




Sumber: bharian 

Post a Comment

0 Comments