Perak vs Sabah live di TV 2


Berita mengembirakan buat penyokong bola sepak Sabah di mana perlawanan pembukaan saingan Piala Malaysia akan di bawa secara langsung oleh RTM TV 2. Kepada penyokong pasukan Sabah yang jauh dan tidak sempat datang ke Stadium Ipoh, Perak boleh menyaksikan perlawanan ini di saluran RTM.

Perak vs Sabah live di TV 2


Perlawanan dalam kumpulan C ini dijangka sengit kerana pastinya pasukan Sabah mahu membalas kekalahan 0-5 ditangan Perak tahun lalu juga dalam saingan Piala Malaysia diperingkat separuh akhir. Satu lagi perlawanan dalam kumpulan C di antara pasukan Pahang dan Pulau Pinang.

Baca:
Semangat "biar tunduk asal menanduk"
Pengadil Jepun beraksi cemerlang di final Piala FA 2019

Perlawanan ini akan berlangsung pada 04.08.2019 (Ahad) pada jam 9 malam di Stadium Ipoh, Perak.




Selain Perak dan Sabah dalam kumpulan c, Pahang dan Pulau Pinang turut berada dalam Kumpulan C yang dianggap kumpulan maut sesetengah pemerhati bola sepak. Semua pasukan mempunyai peluang untuk mara ke pusingan seterusnya. Dua pasukan terbaik dalam setiap kumpulan akan mara ke pusingan kalah mati.

Post a Comment

0 Comments