Sarawak masih ada 'talian hayat' kekal Liga Premier Malaysia 2020


PEMAIN Sarawak kelihatan sedih selepas tamat Perlawanan akhir Liga Perdana 2019 selepas menewaskan Selangor United dan bermungkinan akan bermain playoffs untuk kekal dalam Liga Perdana musim hadapan, di Stadium Negeri, Kuching. NSTP/Hazreen Mohamad

Sarawak masih ada 'talian hayat' kekal Liga Premier Malaysia 2020



Pasukan Sarawak masih berpeluang untuk beraksi dalam saingan Liga Perdana 2020 walaupun menduduki tangga ke-11 musim ini selepas hanya mampu melakar empat kemenangan dan empat seri selain 12 kali tewas untuk mengumpul 16 mata keseluruhan.

Ini kerana berdasarkan format Liga Bolasepak Malaysia (MFL), dua pasukan di tempat tercorot Liga Perdana musim ini perlu melalui perlawanan play-off berdepan johan dan naib johan Liga M3 2019 bagi penentuan penyingkiran dan pasukan yang dinaikkan bagi kedua-dua liga berkenaan.

Justeru, Sarawak yang mengakhiri saingan Liga Perdana di tempat ke-11 (kedua tercorot) dan pasukan tercorot, Perlis (di tempat ke-12) yang menarik diri pada awal saingan secara dasarnya perlu melalui perlawanan play-off.

Baca:
Penyerang berbisa Sabah U19 dapat panggilan skuad B18 kebangsaan
Selamat kembali ke Liga Super 2020 Sang Badak!
Sabah FA dapat geran Rm 1 juta dari MFL
Sabri Sahar bintang makin menyinar

Penamat terbaik di Stadium Likas
Kejayaan bola sepak Sabah untuk seluruh rakyat Sabah

Menurut sumber terdekat MFL, pasukan yang menjuarai Liga M3 musim ini tidak perlu melalui perlawanan play-off menentang Perlis kerana sudah mendapat tempat secara automatik ke saingan Liga Perdana musim hadapan.

“Hanya Sarawak yang akan beraksi perlawanan play-off dan akan bertemu pasukan yang menjadi naib johan Liga M3 musim ini bagi mengisi slot ke Liga Perdana 2020 dan tarikhnya akan diumumkan nanti,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, mengulas mengenai perlawanan malam ini (semalam), Penolong Jurulatih Sarawak, Mohamad Denny Da’ail berkata, kemenangan 3-1 yang dicatat ke atas Selangor United disifatkan amat bermakna dalam membentuk kembali keyakinan pasukan.

“Pada perlawanan hari ini kita melihat semua pemain terutamanya pemain muda berusaha untuk mencapai kemenangan dan mereka membuktikannya.

“Saya juga mengharapkan Sarawak dapat kekal dalam saingan Liga Premier 2020 dan dapat memanfaatkan perlawanan play-off itu nanti,” katanya selepas perlawanan.

Pada perlawanan semalam, penyerang skuad Ngap Sayot, Bobby Gonzalez cemerlang meledak dua gol untuk membantu Sarawak mencatat kemenangan 3-1 ke atas pasukan yang berpengkalan di Lembah Klang itu.



— BERNAMA









Post a Comment

0 Comments