Kelab perlu berdikari, jangan harap dana kerajaan negeri


AMIRUDIN Shari pada Perasmian Jersi Penyokong Liverpool di KL Gateway Mall. - Foto Saifullizan Tamadi

Kelab perlu berdikari, jangan harap dana kerajaan negeri



Menteri Besar Selangor Amirudin Shari memberi peringatan secara tak langsung kepada Selangor, PKNS FC dan Selangor United yang selama ini mereka mendapat ‘dana’ daripada kerajaan negeri dan pihaknya mempunyai ‘kuasa’ untuk membuat keputusan demi kebaikan bola sepak di negeri itu.

“Mereka perlu ingat kelab (PKNS FC dan Selangor United) beroperasi menerusi dana kerajaan,” kata Amirudin yang juga Exco Generasi Muda dan Sukan Selangor.

“Hujung tahun ini kita ada menentukan pasukan mana akan menjadi kelab feeder kepada Selangor.

Menurut Amirudin, kerajaan negeri menyalurkan dana kira-kira RM15 juta masing-masing kepada pasukan Gergasi Merah dan PKNS FC selain RM3 hingga RM4 juta kepada Selangor United musim ini.

“Mereka juga perlu mempunyai pelan sekurangnya lima tahun untuk menjana pendapatan sendiri,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Jersi Rasmi Penyokong Liverpool dan Jersi Retro Liverpool oleh Noble Distribution Services (NDS) Holdings, hari ini.

Noble Distribution Services (NDS) Holdings akan mengedarkan jersi rasmi penyokong Liverpool FC dan jersi Retro dalam pasaran ASEAN dan Australia.

Jersi rasmi penyokong Liverpool FC 2019/2020 memiliki warna yang sama seperti jersi utama dan jersi kedua, dan ia boleh didapati pada akhir Julai ini.

Jersi pasukan penyokong boleh didapati di Malaysia, Brunei, Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam. Selain itu ia bakal didapati di market ASEAN seperti Kemboja, Laos dan Myanmar melalui peruncit NDS Holdings. Jersi rasmi penyokong itu akan dijual bernilai RM99.

Bagi jersi Retro Liverpool FC, ia boleh didapati di Australia, Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam bermula Ogos 2019 menerusi peruncit NDS Holdings, dan dijual sekitar RM199 ke RM339.

“Ia hari yang bermakna buat kami di NDS Holdings dan kami bergembira dapat bekerjasama bersama kelab bertaraf dunia, yang mempunyai sejarah gemilang,” kata Pengarah NDS Holdings, Munas Van Boonstra.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai jersi rasmi penyokong Liverpool FC dan retro, boleh melayari www.noble-ds.com dan Facebook @nobleds dan Instagram @nobleds.


---- Bharian

Post a Comment

0 Comments