Kawasaki Frontale mencipta kejutan menewaskan Chelsea


Reaksi penyerang Frontale, Leandro Damiao selepas meledak tunggal ketika menentang Chelsea pada aksi persahabatan pramusim di Stadium Yokohama, sebentar tadi. - Foto AFP

Kawasaki Frontale mencipta kejutan menewaskan Chelsea



Juara Liga Jepun (Liga J), Kawasaki Frontale mencipta kejutan menewaskan Chelsea, 1-0 pada aksi persahabatan pramusim di sini, sebentar tadi.

Penyerang Kawasaki, Leandro Damiao menanduk masuk hantaran silang Kengo Nakamura dari jarak dekat pada minit ke-87 untuk melakar kejutan di depan 61,012 penonton.

The Blues bergelut mencari gol walaupun mengasak sepanjang masa dengan pemain Kawasaki terlalu berhati-hati bertahan, terutama sebelum rehat.

Perjalanan jauh dan bahang panas di Jepun pada awal pramusim mencetus `kesukaran buat kami secara fizikal’, kata jurulatih Chelsea, Frank Lampard.

“Kualiti pemain kami bersama bola tidak seperti yang diharapkan. Ia memang biasa pada pramusim. Saya tidak bimbang. Saya gembira dengan sebahagian besar persembahan mereka.”

Chelsea yang mengadakan jelajah pramusim di Jepun, bakal menentang kelab gergasi Sepanyol, Barcelona di Saitama, utara Tokyo, Selasa ini. - AFP

Post a Comment

0 Comments