Sabah dalam Kumpulan C yang sukar


TIMBALAN Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi (kanan) bersama bekas pemain bola sepak Selangor, Mubin Mokhtar ketika Undian Piala Malaysia di Damansara Performing Arts Centre (DPAC). - Foto Eizairi Shamsudin

Sabah dalam Kumpulan C yang sukar


Berikut adalah keputusan undian Piala Malaysia 2019.


KUMPULAN A - Kedah,Terengganu FC (TFC), PKNS FC, Negeri Sembilan

KUMPULAN B - JDT, PJ City FC, PKNP FC, UiTM FC

KUMPULAN C - Pahang, Perak, Sabah, Pulau Pinang

KUMPULAN D - Selangor, Melaka United, FELDA United, PDRM

Baca:

APA PUNCA KEMEROSOTAN PASUKAN SARAWAK MUSIM INI?
Penyerang berbisa Sabah U19 dapat panggilan skuad B18 kebangsaan
Selamat kembali ke Liga Super 2020 Sang Badak!
Sabah FA dapat geran Rm 1 juta dari MFL
Sabri Sahar bintang makin menyinar

Penamat terbaik di Stadium Likas
Kejayaan bola sepak Sabah untuk seluruh rakyat Sabah

Pasukan Sabah berada dalam Kumpulan C saingan Piala Malaysia 2019 bersama Pahang, Perak & Pulau Pinang. Dianggap sebagai kumpulan maut dan semua pasukan berpeluang ke peringkat kalah mati.

Pahang selaku naib juara Liga Super 2019 pasti mahu layak ke saingan kalah mati. Mempunyai ramai pemain berpengalaman sebagai satu kelebihan. Menewaskan Sabah di Stadium Likas pada tahun lalu dalam saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia. Antara pemain bintang dalam skuad Pahang ialah Mohamadou Sumareh, Matthew Davies dan Norshahrul Idlan.

Perak mempunyai skuad yang setaraf dengan Pahang pasti bersaing merebut slot dua pasukan terbaik dalam kumpulan. Menyingkirkan Sabah di peringkat separuh akhir saingan Piala Malaysia edisi 2018. Memiliki barisan pemain yang sangat mantap. Pasukan Perak berada kedudukan kelima Liga Super musim ini. Memiliki pemain berpengalaman seperti Brendan Gan, Shahrul Saad dan Hafizul Hakim.

Manakala Sabah dan Pulau Pinang merupakan pasukan dari Liga Premier Malaysia. Sabah mempunyai form yang baik sepanjang musim dan berharap kepada pemain senior untuk terus menyerlah.


Post a Comment

0 Comments