Universiti Malaysia Sabah (UMS) merangkul 5 pingat emas

KONTINJEN UMS ke Karnival Sukan MASUM 2019 di UMP.

Universiti Malaysia Sabah (UMS) merangkul 5 pingat emas, 4 perak dan 4 gangsa pada Fasa 1 Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti-Universiti Malaysia (MASUM) 2019 di Universiti Malaysia Pahang (UMP), 23-28 Julai lalu.

Skuad olahraga dan taekwondo masing-masing menyumbang 2 pingat emas manakala 1 lagi dimenangi pasukan bola keranjang wanita.

Universiti Malaysia Sabah (UMS) merangkul 5 pingat emas


Kedua-dua pingat emas olahraga dimenangi pelajar Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Sosial, Fathin Faqihah Mohd Yusof menerusi acara 200m dan 400m.

Pingat emas dari taekwondo pula dimenangi menerusi acara poomsae berpasukan lelaki yang dianggotai Abner Janius, Darmendran Amaranhairan dan Vister Joren serta poomsae berpasukan wanita (Dayang Nurfarhana Datu Al Rashid, Janet Lim Yen Yi, Nur Ifa Husna Saiful).

Pasukan poomsae wanita adalah penyumbang emas pertama UMS. Pasukan bola keranjang wanita yang menyumbangkan pingat emas pula dibarisi Long Wan Lin, Liong Kum Peik, Chin Yee Toing, Woo Siew Yin dan Sophia Yong Chiu Hung.

Pingat perak dimenangi Nur Ifa (poomsae indivdu wanita), Brynoth Alarick Larry (lontar peluru lelaki), Chua Sheng Yuan (taekwondo - welter weight lelaki) dan 4x100m wanita (Fathin, JI Fedalliah Clarita Jaimin), Jatifah Jasikin dan Vivi Anah Jasni).

Pingat gangsa dimenangi Paul Kenneth Tay (lontar peluru lelaki), JI Fedalliah (lompat jauh), Jatifah (lompat kijang wanita) dan Eileen Wong Ei Ling (taekwondo - welter weight wanita).

Pusat Sukan UMS dalam kenyataan memberitahu bahawa UMS menghantar kontinjen dengan kekuatan 46 peserta termasuk atlet, pegawai dan jurulatih pada kejohanan melibatkan dua fasa itu. Mereka mensasarkan 7 pingat emas.

UMS hanya mengambil bahagian tujuh daripada 20 sukan yang dipertandingkan di mana lima daripadanya disertai dalam Fasa 1 iaitu olahraga, taekwondo, bola keranjang wanita, petanque dan tenpin boling.

PASUKAN bola keranjang wanita UMS menang emas.

Dua sukan lagi iaitu silat dan memanah disertai dalam Fasa 2 yang berlangsung di venue sama pada 29 Julai hingga 4 Ogos.

Pencapaian pada Fasa 1 meletakkan UMS di kedudukan ketujuh di kalangan 20 universiti yang mengambil bahagian.

Enam pasukan di atas UMS didahului UiTM dengan 47 emas, 17 perak dan 24 gangsa (47e, 17p, 24g), diikuti UPM (34e, 33p, 18g), UPSI (10e, 12p, 21g), USM (9e, 16p, 14g), UM (8e, 13p, 20g) dan UMP (8e, 4p, 9g).



--- UTUSANBORNEO


Post a Comment

0 Comments