JDT galas tugas sukar dalam Kumpulan B


Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak boleh menganggap laluan dalam Kumpulan B tampak mudah tatkala akan memulakan kempen Piala Malaysia menentang UiTM FC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Jumaat ini. - Foto NSTP

Juara Liga Super enam musim berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak boleh menganggap laluan dalam Kumpulan B tampak mudah tatkala akan memulakan kempen Piala Malaysia menentang UiTM FC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Jumaat ini.

JDT galas tugas sukar dalam Kumpulan B


Selain diundi bersama skuad bimbingan Ismail Zakaria, skuad Harimau Selatan turut berdepan laluan berliku tatkala akan menentang Petaling Jaya City FC (PJ City FC) dan PKNP FC yang memiliki kelebihan tersendiri.

Persembahan pada dua perlawanan penghujung liga yang menyaksikan JDT gagal mencipta kemenangan ketika beraksi di laman sendiri mengundang kebimbangan sama ada pasukan yang dibimbing Luciano Figueroa dan Benjamin mampu mengulangi kejayaan merangkul kejuaraan piala berprestij pada musim 2017 ketika itu di bawah bimbingan Ulisses Morais.

Post a Comment

0 Comments