Laporan penuh kebakaran di Kg Batung Pinangah

KEJADIAN kebakaran di Kampung Batung Pinangah.

Seorang warga emas maut selepas mengalami kecederaan parah akibat melecur dalam kebakaran melibatkan 30 rumah termasuk tadika di Kampung Batung Pinangah Tongod, petang Selasa.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, mangsa dikenali sebagai Eng Suan King @ John Philip , 63, mengalami kecederaan parah akibat melecur 90 peratus seluruh di bahagian badan.

API merebak pantas memusnah rumah-rumah di Kampung Batung Pinangah.

Mangsa telah dihantar ke Pusat Kesihatan Telupid oleh orang awam dan JBPM telah dimaklumkan pihak Pusat Kesihatan itu di mana mangsa telah meninggal dunia.

Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kebakaran rumah melalui talian MERS999, kira-kira jam 5.35 petang di Kampung Batung Pinangah, Tongod.

Laporan penuh kebakaran di Kg Batung Pinangah


Sepasukan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Kinabatangan bersama bantuan daripada BBP Sandakan digerakkan untuk respon ke tempat kejadian menggunakan 1 buah jentera FRT.

Komander operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ahmad Khairul Aris bersama 7 orang anggota telah bergegas ke lokasi kejadian yang terletak 180 kilometer dari BBP Kinabatangan.

Menurut komander operasi, kebakaran melibatkan 29 buah rumah, sebuah Tadika telah terbakar 100 peratus.

Turut terlibat dalam kebakaran itu ialah sebuah kenderaan terbakar 100 peratus dan sebuah kuarters Klinik Kesihatan terbakar 15 peratus. Jumlah keluasan kawasan yang terbakar dianggarkan empat ekar.

ANGGOTA bomba sedang memadam api dalam kebakaran berkenaan.

Pihak bomba yang tiba di lokasi kejadian kira-kira 8.40 malam telah membuat operasi pemadaman menggunakan dua aliran 200 kaki dengan sumber air dari tangki jentera dan sumber air sungai berdekatan.

Operasi terkawal pada jam 9.50 malam dan operasi memadam api tamat kira-kira jam 3.13 pagi.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian keseluruhan masih dalam siasatan pihak bomba.

---- UTUSANBORNEO

Post a Comment

0 Comments