17 atlet Sabah ke Kejohanan Bina Badan `Physique' 

17 atlet Sabah ke Kejohanan Bina Badan `Physique' 


DR. FRANCIS (tiga dari kiri) dan Lily Nur Izzaty menunjukkan surat pelantikan Francis sebagai pengurus pasukan. Turut bersama ialah ketua jurulatih Joseph Sylvester (kiri), Muhammad Asyraf (dua dari kiri), Yaakob Mengkabong (dua dari kanan) dan Ketua Urusetia penganjur Mr Malaysia 2019, Hafiz Syazwan.

Juara Antara Juara Mr. Sabah 2019, Hyril Ariff mengetuai senarai 17 atlet yang akan membawa cabaran Sabah pada Kejohanan Bina Badan `Physique' Peringkat Kebangsaan Kali Ke-50 2019 (Mr. Malaysia) di sini bulan depan. Hyril akan bertanding dalam kategori Light Weight pada kejohanan yang dijadualkan berlangsung di 1 Borneo pada 16-18 Ogos berkenaan.


Turut dalam senarai ialah Wikson Kihog (Bantam Weight), Teguh Santosa Ismail (Light Heavy Weight), Dalvison Sabidor (Fly Weight), Suhaili Toipin @ Masdin (Welter Weight), Idris Muhamat (Light Fly Weight), Christie ML Cletus (Middle Weight), Riano Engah (Light Middle Weight), Geinod Lozitin (Heavy Weight), dan Andreas Baritus (Master).

Juga tersenarai ialah Grace Voo (Junior 70kg ke atas), Mohd Syafie Junaiday (Junior 70kg ke bawah), Reynold Kok (Physic 170cm ke atas), Mohammad Asraf Hamza (Physic 170cm ke bawah), Lily Nur Izzaty Ahmad, Shelen Aderina Kok (Women Physique) dan Junaidah Mohammad (bina badan wanita).

Atlet tersebut dipilih menerusi kejohanan Mr Sabah di sini bulan lalu. Sambil itu, Presiden Persatuan Bina Badan Sabah (SBBA) Joannes Stanislous mengumumkan bahawa Dr Francis Paul telah dilantik sebagai pengurus pasukan Sabah.

Francis berkata, beliau tidak menaruh harapan terlalu tinggi tetapi mahu pasukan Sabah memberikan yang terbaik terutama dengan Sabah sebagai tuan rumah Mr. Malaysia.

"Saya hanya minta mereka memberikan yang terbaik dan jika dapat pingat emas...ia adalah bonus," katanya.

Katanya, selepas mengikuti perkembangan sukan bina badan negeri ini termasuk persediaan atlet dan persiapan Sabah sebagai tuan rumah Mr Malaysia 2019, beliau rasa terpanggil untuk turut bersama-sama melibatkan diri.

"Ia bukan mudah menguruskan dua perkara dalam satu masa iaitu mempersiapkan pasukan dan bersedia sebagai tuan rumah.

"Sebab itu saya rasa terpanggil untuk bersama-sama memikul tanggungjawab itu. Saya akan membantu yang termampu bagi meringankan beban SBBA," katanya.

---- UTUSANBORNEO

Post a Comment

0 Comments