Tiga perlawanan awal penentu kedudukan Sabah FA dalam saingan Piala Malaysia 2019


Tiga perlawanan awal penentu kedudukan Sabah FA dalam saingan Piala Malaysia 2019


Sabah akan bertemu musuh tradisi Perak di Stadium Ipoh, Perak dalam aksi pembukaan saingan Piala Malaysia pada 04.08.2019. Misi membalas dendam oleh pasukan Sabah setelah disingkirkan oleh Perak di peringkat separuh akhir Piala Malaysia tahun lalu.

Selepas itu pasukan kendalian Jelius Ating akan menentang Pulau Pinang pada 07.08.2019 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang. Harus diingat pasukan Pulau Pinang merupakan pasukan yang baik dan sukar ditewaskan dilaman sendiri.

Baca:
Sabah berada dalam kumpulan C yang sukar

Manakala aksi terakhir dipusingan pertama Piala Malaysia 2019, Sabah akan melayan kunjungan Pahang di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 17.08.2019. Pertemuan terakhir kedua-dua pasukan menyaksikan Sabah tewas 0-4 di laman sendiri.

Perlawanan pusingan pertama Piala Malaysia ini akan menentukan kedudukan Sabah dalam merebut dua pasukan terbaik dalam kumpulan. Di mana dua pasukan terbaik dalam setiap kumpulan akan layak ke pusingan seterusnya.

Post a Comment

0 Comments