Sabah FA perlu satu mata untuk layak ke Liga Super 2020

Sabah FA perlu satu mata untuk layak ke Liga Super 2020




KETUA Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal (kanan) melonjak meraikan salah satu jaringan Tambadau Sabah semasa menumpaskan Sarawak 4-1 dalam saingan Liga Premier di Stadium Likas, malam Rabu.

Sabah kini hanya perlukan satu mata dari baki empat perlawanan untuk mengesahkan tempat ke Liga Super 2020.

Kemenangan 4-1 ke atas Sarawak dalam saingan Liga Premier di Stadium Likas dua hari lalu memberikan mata ke-34 untuk kembali ke takhta liga dengan kelebihan satu mata berbanding JDT II di mana jumlah itu hanya boleh dipintas UiTM FC dan hanya mampu disamai Negeri Sembilan jika menang semua baki pelawanan mereka.

Dua pasukan terbaik dari Liga Premier akan naik ke Liga Super tetapi tidak termasuk JDT II dan Terengganu FC II kerana kedua-duanya adalah `feeder team' kepada pasukan utama di Liga Super.

MENDES (tengah) meraikan jaringannya besama Paunovic dan Ricco.


Ia menjadikan persaingan merebut dua tiket ke Liga Super itu kini hanya di antara pasukan Sabah, UiTM FC, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, PDRM dan Selangor United.

Bagaimanapun, kelebihan kini berpihak kepada Sabah kerana Pulau Pinang dan PDRM sudah tidak dapat memintas 34 mata yang kini dimiliki Tambadau manakala Negeri Sembilan juga hanya mampu mengutip maksima 34 mata.

Ia mungkin sudah tiada masalah untuk mengesahkan tempat ke Liga Super tetapi Sabah kini dalam persaingan sengit dengan JDT II, UiTM FC dan Terengganu FC II untuk gelaran juara Liga Premier.

Baca:
Borneo Derby: Sabah belasah Sarawak di Likas
Rahman Shah ganti Aguinaldo Vendes di bahagian serangan?Bersediakah SAFA beraksi di Liga Super 2020Laporan perlawanan persahabatan xplayer Sabah 1-3 xplayer MalaysiaMusim terbaik pasukan Sabah layak ke Liga Super 2020Lagi calon Puskas terjadi di Kuantan'BAKAT BARU' Kedah bernilai 5 juta

Saingannya untuk gelaran juara itu juga antara lawan Sabah dalam baki perlawanannya dan ketiga-tiganya akan dihadapi di tempat lawan.

Baca: Sabah FA perlu satu mata untuk layak ke Liga Super 2020


Dua daripadanya berturut-turut di tempat lawan iaitu menentang JDT II di Stadium MP Pasir Gudang pada 5 Julai dan UiTM FC di Stadium UiTM Shah Alam pada 9 Julai.

Selepas itu Sabah akan beraksi kali terakhir di gelanggang sendiri menentang Kelantan di Stadium Likas pada 13 Julai sebelum menutup tirai saingan Liga Premier menentang Terengganu FC II di tempat lawan pada 19, 20 atau 21 Julai.


"Kita akan bersedia untuk baki empat perlawanan itu tetapi akan fikirkannya satu persatu," kata Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Peter Anthony.

PENJARING hatrik Tambadau, Paunovic mengelak rempuhan pertahanan Sarawak. Gambar Melmon Ho.

Peter berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal dan isteri serta beberapa rakan Kabinet lain kerana turut datang menyaksikan dan memberi sokongan kepada pasukan semasa menentang Sarawak.

"Kehadiran Ketua Menteri dan rakan Kabinet lain memberi suntikan moral kepada pasukan. Terima kasih juga kepada penyokong. Semangat kebersamaan ini sangat membantu dan malam itu kita menang besar buat kali pertama," kata Peter ketika dihubungi, Khamis.

Penyerang utama Rodoljub Paunovic muncul wira Tambadau apabila mencatat jaringan hatrik manakala satu gol lagi dijaringkan gandingannya Aguinaldo Mendes. Gol saguhati Sarawak dijaringkan bekas pemain Sabah, Bobby Gonzales.

ALTO (kiri) cuba melepasi kekangan dua pertahanan Sarawak. Gambar Melmon Ho.

Kemenangan itu juga melebarkan rekod tanpa kalah Sabah kepada lapan perlawanan berturut-turut dengan enam menang dan dua seri. Jaringan hatrik pula menyaksikan Paunovic kini penyumbang utama jaringan Sabah dengan sembilan gol.

Sumber: Utusanborneo

Post a Comment

0 Comments