Peminat kecewa Tambadau Sabah kurang semangat melawan
Ramai peminat bola sepak Sabah kecewa atas kekalahan pasukan Sabah kepada pasukan kelab Kelantan United FC yang beraksi di devision 3 Liga Malaysia. Kekalahan 0-1 Sabah hasil jaringan sepakan percuma Fakhrul Zaman yang gagal ditepis kemas Rozaimi Rohim.
Fakhrul Zaman merupakan penjaring terbanyak dalam saingan Piala FA Malaysia 2019. Semangat mahu menang pemain Kelantan united FC menunjukkan tiada yang mustahil dalam bola sepak. Walaupun hanya beraksi dengan hanya seorang pemain import tetapi tetap menewaskan Sabah yang menurunkan empat pemain import utama mereka.

Di ruangan komen page facebook Buletin Sabah FA, peminat meluahkan kekecewaan. Mana tidaknya permainan Sabah di bawah tahap sebenar. Hantaran tidak tepat, work rate berpasukan yang lemah dan sering melakukan long ball antara komen dari para peminat. Pemain kerap kehilangan bola dan jika tidak kecemerlangan penjaga gol Rozaimi Rohim mungkin Sabah akan dibolosi lagi banyak gol.
Pasukan tuan rumah Kelantan United FC menguasai sebahagian besar permainan. Manakala pasukan Sabah pada 10 minit terakhir bangkit dengan serangan bertali arus. Tetapi benteng Kelantan United FC tetap teguh untuk dibolosi.

0 Comments