![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20190404/sabricopy.jpg)
SABRI di hospital KPJ Likas.
Sabah kehilangan khidmat Sabri Sahar sepanjang musim ini
Sabah bukan sahaja tersingkir dari saingan Shopee Piala FA tetapi mendapat khabar buruk kemungkinan kehilangan khidmat Sabri Sahar sepanjang musim ini.
Pemain sayap tengah yang tidak disenaraikan menentang Kelantan United FC kerana kecederaan dikhabarkan memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan untuk pulih dari kecederaan lututnya.
Sabri ditimpa kecederaan semasa membantu Sabah menang 2-0 ke atas Pulau Pinang dan saingan Liga Premier di stadium Likas, 30 Mac lalu.
Sabri diusung keluar pada pertengahan babak kedua selepas dikasari pemain lawan. Beliau telah dihantar ke Hospital KPJ Likas dan telah menjalani pembedahan pada Rabu. Sabri dijangka akan terus menerima rawatan di sana untuk tempoh seminggu hingga 10 hari.
Dikatakan, doktor telah memaklumkan bahawa Sabri perlukan enam bulan untuk pulih. Bagaimanapun jika rajin buat terapi dan latihan ringan, beliau mungkin sudah boleh mengikuti latihan pasukan selepas tiga bulan.
0 Comments