Tambadau B-21 tumpaskan Armed Forces FC B-21
AKSI perlawanan Tambadau muda Sabah menentang Armed Forces FCdalam saingan Kumpulan A Piala Presiden di Stadium UMS hari ini. Sabah menang perlawanan itu 1-0. - Gambar ihsan Media SAFA.
Skuad bawah 21 tahun Tambadau Sabah menang 1-0 ke atas Armed Forces FC dalam saingan Kumpulan A Piala Presiden di Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS), hari ini. Gol tunggal kemenangan Sabah dijaringkan Erick Odo pada minit ke-13.
Ia adalah kemenangan kedua berturut-turut skuad bimbingan Justin Ganai itu. Tambadau muda itu kini mengumpul enam mata dari empat perlawanan dengan rekod dua menang dan dua kalah.
0 Comments