Luka Milunovic pemain terbaik Februari

Luka Milunovic pemain terbaik Februari


LUKA bersama anugerah yang dimenanginya. - Gambar ihsan Media SAFA.

Luka Milunovic berharap lebih ramai rakan sepasukan akan terpilih sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik Bulanan.

Penyerang tengah dari Serbia skuad Tambadau Sabah itu adalah penerima anugerah itu bagi bulan Februari.

"Saya sangat gembira kerana terpilih. Terima kasih kepada yang telah mengundi saya dan juga penganjur.

"Terima kasih juga kepada rakan-rakan sepasukan, saya terima anugerah ini juga atas bantuan mereka.


"Saya akan terus bekerja keras membantu pasukan agar mencapai kejayaan musim ini. Saya juga akan membantu rakan-rakan agar lebih ramai terpilih menerima anugerah ini," katanya.

Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-asiana.my itu adalah kolaborasi antara pihak (Persatuan Pemain Profesional Malaysia) PFAM asiana.my.

Anugerah itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail dalam satu majlis ringkas di Stadium Likas, semalam.
Milunović menerima undian tertinggi sebanyak 48.51% (1,956 Undi) mengalahkan empat calon lain iaitu Mohammed Ghaddar dari JDT II (23.76% Undi - 959 Undi), Adi Said dari UiTM FC (14.86% - 599 Undi), Ramzi Sufian dari Terengganu FC II (9.67% - 390 Undi) dan Raslam Khan dari Selangor United (3.17 - 317 Undi).

Untuk rekod, beliau merupakan pemain ketiga dari pasukan Sabah FA yang berjaya memenangi anugerah ini selepas Robson Rendy Rining (Februari 2019) dan Hector Omar Ramos Lebron (Jun 2018).

Sebagai pemenang, beliau menerima sebuah trofi dan sebingkai gambar sumbangan asiana.my, wang tunai berjumlah RM500, jersi khas tajaan Great Heights dan gel sukan aktif tajaan Maselfix.

Undian dibuat melalui patuan khas yang disediakan dan para pengundi boleh membuat undian melalui desktop, laptop, telefon pintar, atau tablet dan boleh menggunakan semua jenis pelayar (browser).

Undian akan dibuka selama sepuluh hari untuk peminat-peminat bolasepak mengundi calon kegemaran mereka.

"Anugerah yang ditujukan khas buat para pemain ini kini memasuki tahun kelima selepas ia dimulakan pada 2015. Sehingga kini lebih dari 35 orang pemenang telah dinobatkan dan lebih dari 250 000 undian telah diterima sepanjang penganjuran anugerah ini.

"Semoga anugerah ini dapat menjadi pendorong kepada pemain untuk lebih bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi mereka," kata Izham.--- UtusanBorneo

Post a Comment

0 Comments