Program Pengambilan Perantis Sesi 2019/2020 di Pusat Latihan Belia KPD-OISCA, Lagud Seberang Tenom


Program Pengambilan Perantis Sesi 2019/2020 di Pusat Latihan Belia KPD-OISCA, Lagud Seberang Tenom



Golongan belia dipelawa menyertai Program Pengambilan Perantis Sesi 2019/2020 yang akan dikendalikan oleh Pusat Latihan Belia KPD-OISCA, Lagud Seberang Tenom.

 Program latihan selama 16 bulan dibawah Korporasi Pembangunan Desa (KPD) ini menawarkan enam kursus kemahiran iaitu Operasi Pengeluaran Tanaman, Penyeliaan Operasi Pengeluaran Padi, Pengeluaran Makanan, Pengendalian Tanaman Cendawan Tanah Rendah, Operasi Ladang Poultri dan Eksekutif Pertanian.

 Bagaimanapun kursus Eksekutif Pertanian adalah selama lapan bulan. Pelatih yang berjaya menamatkan kursus akan memperolehi Diploma/Sijil Kemahiran Malaysia bagi Program Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) dengan kerjasama Skills Malaysia, SLDN dan Oisca International. 

Semua kursus tersebut diiktiraf kerajaan serta mengikut keperluan industri dan menekankan aspek praktikal berbanding teori. Para peserta program berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma atau Diploma Lanjutan, manakala pelajar cemerlang berpeluang melanjutkan pelajaran ke Jepun.

Syarat-syarat kelayakan pemohon adalah lepasan Tingkatan Lima berumur antara 17 hingga 25 tahun, warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah, sihat dan mampu menjalani latihan sepanjang tempoh program. Selain itu, pemohon harus menandatangani kontrak perantisan, berminat untuk mengikuti latihan kemahiran, manakala untuk peringkat DKM, pemohon perlu mempunyai kelayakan SKM Tiga dalam bidang berkenaan.


Kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk peserta program adalah penginapan, makan dan minum sepanjang kursus, elaun RM50 sebulan, perlindungan insurans dan peralatan ladang. Borang permohonan boleh diperolehi secara percuma di ibu pejabat KPD, Aras 2, Wisma Pertanian, semua pejabat kawasan KPD dan laman sesawang KPD di www.sabah.gov.my/kpd.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke pejabat KPD yang berdekatan atau dihantar terus ke ibu pejabat KPD sebelum 30 Julai 2019. Hanya calon yang layak sahaja dipanggil untuk ditemuduga pada bulan Ogos 2019.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang program tersebut boleh menghubungi Unit Inovasi dan Latihan, KPD Kota Kinabalu, 088-291317 / 291307 dan Pusat Latihan Belia KPD-OISCA, Lagud Sebrang Tenom, 087-737567.

Post a Comment

0 Comments