Labuan tempat paling harmoni di Malaysia



Labuan tempat paling harmoni di Malaysia


Wilayah Persekutuan Labuan adalah Wilayah Persekutuan kedua di Malaysia. Kawasan Labuan merangkumi keseluruhan pulau Labuan yang mempunyai keluasan 91.64 km2. Pulau Labuan terletak sekitar 10 km dari pantai Sabah, 2 1/2 jam penerbangan dari Kuala Lumpur, dan sekitar 30 km dari pantai Brunei. Terdapat berbilang kaum yang tinggal di Labuan seperti Melayu Labuan, Cina, India, Dusun & banyak lagi.

Senator P. Waytha Moorthy mengesahkan belum pernah menerima laporan berlakunya konflik kaum di Wilayah Persekutuan Labuan. Pencapaian ini membolehkan Labun diiktiraf sebagai zero konflik kaum dan dianggap sebagai tempat yang paling harmoni di Malaysia.

Orang Labuan yang sentiasa memelihara dan menjaga hubungan kaum dengan mantap dan semangat perpaduan yang tinggi serta wujud kesedaran bahawa 'Perpaduan Negara' itu adalah tanggungjawab bersama.

Pengiktirafan ini adalah satu kejayaan bersama dalam pentadbiran Labuan. Telah banyak aspek yang telah berkembang maju di Labuan sejak beberapa tahun ini. Tidak hairanlah ramai orang Sabah mencari rezeki di Pulau Labuan.

Post a Comment

0 Comments