Tiga pelajar Sekolah Kebangsaan Stella Maris ke Portugal

Tiga pelajar Sekolah Kebangsaan Stella Maris ke Portugal


Tiga pelajar Sekolah Kebangsaan Stella Maris akan mewakili Malaysia Ke Pertandingan Tarian dan Lagu Kebudayaan, Praga Portugal Jun ini. Guru Besarnya, Chu Voon Loo berkata tiga pelajar sekolah tersebut akan beradu nasib masing-masing dalam tarian kebudayaan kategori solo lelaki, solo perempuan dan kategori trio.

“Untuk kategori solo, pelajar lelaki akan mempertandingkan persembahan tarian ‘Awang Semaun’. “Manakala, kategori solo pelajar perempuan pula akan mempertaruhkan tarian ‘Kinomulok’, sementara kategori Trio akan membawakan tarian ‘Nambuyunan’ iaitu pahlawan burung murut. “Kita berusaha menonjolkan kecemerlangan dalam kalangan pelajar yang mewakili negara di peringkat antarabangsa supaya dapat membawa balik pingat emas pada pertandingan yang akan berlangsung pada 28 Jun ini,” jelasnya.

Chu Voon Loo memberitahu demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang DiPertua Negeri, Tun Juhar Mahirruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Negeri, pada rabu. Turut hadir adalah Penolong Kanan 1 Wong Shiau Li, Guru Penyelaras Tarian, Noor Surati Mohd Yuni serta Noorazleena Othman dan Costantine Chen.

Post a Comment

0 Comments