Sabah FA 1-2 Selangor United | Highlight
Saksikan sorotan perlawanan perlawanan ketujuh Liga Perdana Malaysia 2019 di antara pasukan Selangor United dan Sabah FA. Perlawanan ini di menangi oleh Selangor United 2-1. Kekalahan kedua berturut-turut Sabah FA dan tekanan semakin dirasai oleh Jelius Ating. Perlawanan berlangsung di Stàdium Majlis Perbandaran Selayang.
Gol Sabah dijaringkan oleh pemain lama Alto Linus pada penghujung masa kedua. Pasukan Sabah bergelut untuk menemui rentak selepas disingkirkan Kelantan United FC dalam saingan Piala FA.
Nooa Laine calon pemain warisan Harimau Malaya
Ketiadaan Sabri Sahar sangat dirasai oleh Sabah dalam merencana gerakan serangan. Persembahan dalam dua perlawanan pasukan Sabah mendapat kritikan peminat di media sosial. Jelius Ating dikritik kerana gagal memberi dimensi yang pelbagai dalam skuad Rhinos. Taknikel yang mudah dibaca oleh pihak lawan yang memberikan kesukaran kepada persembahan keseluruhan permaianan Sabah.
0 Comments