Kesihatan Justin Ganai makin pulih

JUSTIN Ganai

Kesihatan Justin Ganai makin pulih



Keadaan Justin Ganai kini semakin beransur pulih selepas menerima rawatan lanjut di Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) di sini, susulan pengsan ketika sedang mengendalikan sesi latihan pasukan Piala Presiden, di Stadium Likas, semalam. Jurulatih berpengalaman Sabah berusia 63 tahun itu dibenarkan keluar daripada hospital berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam tadi, selepas menjalani pemeriksaan dan rawatan di situ kira-kira tujuh jam.

Justin Ganai pengsan ketika sesi latihan

"Terima kasih atas doa kalian. Keadaan saya sudah semakin baik dan dibenarkan keluar dari QEH II jam 12 tengah malam, semalam.
"Sekarang saya berada di rumah berehat atas nasihat doktor. Saya masih merasa pening-pening sikit akibat hentakan kuat di kepala selepas bertembung dengan seorang pemain ketika sesi latihan untuk persiapan perlawanan bertemu PJ City FC, petang ini, di Stadium Likas.
“Jangan risau kawan-kawan, saya okey' juga," katanya menerusi pesanan aplikasi WhatsApp, kepada Sukan BH di sini, hari ini.
Semalam, kem latihan pasukan Piala Presiden Sabah cemas apabila ketua jurulatih mereka itu, pengsan selepas bertembung dengan seorang pemain ketika sesi latihan. Kejadian kira-kira jam 5.30 petang ketika mereka berkenaan sedang melakukan latihan bertahan. Justin kemudian terpaksa dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Post a Comment

0 Comments