FAM sedia bantu SAFA dapatkan lesen kelab, hasil pertemuan SAFA dan FAM

PRESIDEN FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin (tiga dari kanan) menerima jersi pasukan Sabah daripada Datuk Rahman Zakaria (empat dari kiri) selepas mesyuarat, hari ini. - Foto BERNAMA

FAM sedia bantu SAFA dapatkan lesen kelab, hasil pertemuan SAFA dan FAM



Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedia membantu Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) melengkapkan permohonan bagi mendapatkan lesen kelab bagi saingan musim depan. Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata lesen berkenaan bukan saja penting sekiranya Sabah mahu memasang impian beraksi dalam Liga Super malah mandatori bagi pasukan yang akan beraksi dalam Liga Perdana mulai musim depan.

"Kalau ada rezeki mungkin Sabah naik ke Liga Super. Saya tengok dengan keupayaan pada tahun ini dengan perlawanan ada lagi 10 atau 11, Sabah perlu bersedia untuk melengkapkan lesen kelab Liga Super.
"Bagaimanapun, untuk Liga Perdana pula, lesen kelab adalah mandatori. Jjadi ini semua mustahak kerana saya tidak mahu terjadi kepada mana-mana kelab sebelum ini yang layak tetapi tidak dapat memasuki Liga Super atas dasar tidak menepati hak pelesenan," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin SAFA, di sini, hari ini.
Yang turut hadir ialah Timbalan Presiden II SAFA, Datuk Rahman Zakaria. Sementara itu, Rahman berkata, SAFA kini dalam proses bagi melengkapkan permohanan mereka dan berharap dengan bantuan dan bimbingan FAM, akan berjaya mendapatkan lesen kelab pada tahun ini.

"Ianya (permohonan lesen kelab) dalam proses. Kita akan maklumkan perkembangannya nanti namun saya percaya dengan bantuan serta bimbingan FAM, kita akan sampai ke arah itu nanti," katanya.
Terdahulu, Hamidin berkata, tujuan beliau bersama ahli EXCO FAM berkunjung ke Sabah adalah bagi memberi penerangan kepada SAFA yang juga ahli gabungan persatuan itu berhubung misi dan visi mereka supaya kedua-duanya dapat seiring.
"Kita juga memberi penerangan dan gambaran jelas mengenai program F:30 yang kita lancarkan pada Oktober lalu bersama dengan presiden FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa).
"Selain itu, kita juga memberi penerangan mengenai program inisiatif FAM iaitu Projek Pemerkasaan Ahli Gabungan (ACE) di mana SAFA boleh memohon untik menguatkan struktur bola sepak mereka dari segi teknikal, perbelanjaan, pemasaran, media, perundangan dan lain-lain lagi termasuk pelesenan kelab," katanya.

Post a Comment

0 Comments