Hasil jualan tiket bayar gaji pemain

Hasil jualan tiket perlawanan kini menjadi sumber pembayaran gaji pemain Kelantan bermula bulan ini sehingga penghujung musim. - Foto hiasan

Hasil jualan tiket bayar gaji pemain



Hasil jualan tiket perlawanan kini menjadi sumber pembayaran gaji pemain Kelantan bermula bulan ini sehingga penghujung musim, kata Ahli Lembaga Pengarah Kelantan Red Warriors Sdn Bhd (KRW), Syed Abdullah Syed Mahmood. Katanya, ia adalah antara langkah awal pengurusan pasukan dalam menyelesaikan masalah gaji pemain sementara menanti kemasukan beberapa penaja baharu pasukan musim ini.

"Dalam hal ini, penyokong pasukan perlu bersama-sama membantu pengurusan dengan hadir ke stadium membeli tiket perlawanan dan sekali gus menyaksikan pemain pada setiap perlawanan selepas ini.

"Saya yakin dengan harga RM12 (harga) tiket (terbuka) yang dibayar penyokong akan dapat menyumbang kepada dana pengurusan untuk membayar gaji pemain buat sementara waktu,” katanya di sini, hari ini.
"Kita ada tiga perlawanan sini dalam masa terdekat ini. Sehubungan itu, kita harap penyokong akan membantu dengan hadir menyaksikan perlawanan semua berkenaan," katanya.

Pasukan Kelantan kini dilanda krisis kewangan selepas syarikat My Inspiration Sdn Bhd menarik diri pada 4 April lalu daripada pengurusan KRW yang sebelum ini dibentuk secara bersama dengan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA). My Inspiration sebelum ini memiliki 70 peratus saham dalam KRW manakala bakinya milik KAFA.

Susulan perkembangan itu, Kelantan kini itu ditadbir urus semula oleh KAFA demi memastikan ia terus beraksi dalam saingan Liga Malaysia. Dalam perkembangan sama, Syed Abdullah memberitahu beliau sedang menarik minat beberapa syarikat dan ahli perniagaan untuk menjadi penaja pasukan demi menstabilkan kantung pasukan Kelantan.

"Ada beberapa syarikat yang saya sudah temui dan berbincang secara awal untuk membantu pasukan kita. Saya amat berharap pasukan ini kembali stabil dengan adanya sokongan penyokong,” katanya.

Post a Comment

0 Comments