Laporan penuh perlawanan Perak vs Sabah



Laporan penuh perlawanan Perak vs Sabah


Perlawanan pertama saingan Piala Malaysia 2019 kumpulan C menemukan seteru utama Perak dan Sabah. Berlangsung di Stadium Ipoh, Perak pada jam 9 malam.

Keputusan semasa separuh masa pertama menyaksikan gol bekas pemain import Sabah Branden Gan memisahkan kedua pasukan.

Perlawanan ini turut disiarkan secara langsung di RTM 2.

Masa pertama menyaksikan aksi seimbang dan pasukan Perak lebih peluang untuk menjaringkan gol. Sabah sesekali melakukan serangan yang mencemaskan penyokong tuan rumah. Melalui gandingan penyerang import Sabah Rodoljub Pounovic dan Agunaldo.

Keputusan semasa minit ke 83, Perak 2-0 Sabah. Keputusan masa penuh perlawanan menyaksikan pasukan Perak menang 3-0 ke atas pasukan Sabah.

Pemain Sabah hilang fokus pada masa kedua menyebabkan Seladang menghukum Sang Badak. Maksius Musa dan Rico Milus telah masuk sebagai pemain gantian tetapi gagal membawa impak. Walau bagaimanapun ada tanda positif selepas pertukaran dilakukan.

Kegagalan pemain tengah Sabah mengimbangi perlawanan menyebabkan Rodolojub dan Agunaldo kurang mendapat hantaran yang berkualiti.



Selepas ini pasukan Sabah akan menentang pasukan Pulau Pinang pada 7.08.2019.

Ramai penyokong Sang Badak mengkritik teknikal Sabah yang mudah dibaca oleh pihak lawan. Menggunakan Azizian Nordin dan Atayev yang jelas diatasi oleh pemain tengah Perak yang lebih berkualiti. Branden Gan, Leandro dan Caceres mengemudi bahagian tengah Perak dengan cukup baik.

Diharapkan pengendali Sabah Jelius Ating akan memperbaiki kelemahan ketara di bahagian tengah Sabah. Kegagalan ini menyebabkan bahagian serangan Sabha tersekat kerana kekurangan bantuan dari bahagian tengah.


Post a Comment

0 Comments