Tahun gemilang bola sepak Sabah


Tahun gemilang bola sepak Sabah


Tahun 2019 merupakan tahun kegemilangan buat bola sepak Sabah. Mana tidaknya selepas mencapai misi ke Liga Super 2020 lebih awal dan sebagai juara Liga Premier Malaysia 2019. Lebih manis lagi penantian 23 tahun untuk memenangi tropi. Satu jangka waktu yang agak lama tetapi sangat berbaloi untuk dicapai.

Sejarah Tercipta Selapas 23 Tahun..Di Nobatkan Sebagai Juara Liga Perdana 2019 Dan Seterusnya Layak Ke Liga Super 2020..Tahniah Kepada Semua Pemain,Jurulatih,Staff Pasukan,Datuk Presiden Yang menjadi Tulang Belakang Kepada Pasukan Sehingga Sampai ke Tahap ini dan Juga Kepada Semua Penyokong2 setia Pasukan Sabah Tambadau,Kejuaraan Ini Adalah Hadiah Kepada Seluruh Rakyat Sabah yang tercinta...😘😘😘

Bermula dengan keadaan kucar kacir Pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) melalui perubahan pada Disember tahun lalu, setelah presiden terdahulu, Alijus Sipil meletak jawatan sebelum itu. Melalui mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang diadakan pada 12 Disember 2018, jawatan Presiden SAFA kemudiannya dipangku oleh Y.B Datuk Peter Anthony, setelah dipersetujui majoriti ahli gabungan yang lain.

Masalah utama pengurusan SAFA sebelum ini adalah faktor gunting dalam lipatan yang mahu merebut jawatan tertinggi dalam SAFA. Menyebabkan Alijus Sipil meletakkan jawatan atas desakan pihak tertentu. Bukannya Alijus tidak buat kerja tetapi orang bawahan mahu menjatuhkannya dan tidak buat kerja.

Kepimpinan di bawah Peter telah membuat beberapa keputusan membelakangi penyokong. Menyebabkan perlawanan di satdium Likas diboikot. Hanya purata kehadiran penyokong ke stadium Likas dalam 1.5-2 k saja. Tiada perubahan besar dalam barisan pemain. Dalam tempoh 3 tahun, hanya sedikit perubahan dalam barisan pemain skuad Sabah. Tidak hairanlah persefahaman antara pemain adalah terbaik.

Cuma dibawah kepimpinan Peter kebajikan pemain senior terjamin kerana ada jaminan dari Kerajaan Sabah. Cuma bagi skuad muda Sabah kebajikan mereka sedikit meragukan. Beruntung Peter kerana mendapat peruntukan kewangan dari kerajaan memerintah Sabah. Walaupun kutipan tiket seciput saja. Tetapi sejauh mana pasukan ini bergantung harap kepada dana dari kerajaan? Lebih-lebih lagi akan bersaing di Liga Super 2020. Kewangan pasukan harus kukuh jika ingin bersaing dalam kelompk teratas liga.

Bermula saingan liga persembahan pemain tidak mengecewakan. Pemain memberi 100% dalam setiap perlawanan. Walaupun berlaku krisis antara penyokong dan SAFA. #boikot telah berjaya di mana hanya sedikit telah hadir setiap kali pasukan Sabah bermain di Stadium Likas. #boikot tanda protes terhadap pengurusan SAFA. Ada banyak rungutan kepada pengurusan kini. Kita tidak tahu sama ada ianya didengar oleh SAFA atau pun tidak cuma kita mahukan penyelesaian yang memenangkan kedua-dua pihak.

Kita suda mencapai misi ke Liga Super 2020 dan sebagai bonus telah menjuarai Liga Perdana. Tetapi ini hanyalah baru permulaan kepada satu perjalanan yang panjang lebih mencabar bola sepak Malaysia. Penyokong dan SAFA harus melakukan sesuatu untuk masa depan bola sepak Sabah yang lebih baik. Jangan cepat berpuas hati apa yang telah dicapai sekarang.


Tahniah Sabah FA!❤
Tahniah semua pemain!❤
Tahniah SAFA!❤

Post a Comment

0 Comments