SAFA nafi bagi tiket percuma


SAFA nafi bagi tiket percuma

Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) menafikan akan memberikan tiket percuma bagi menyaksikan perlawanan Liga Premier Sabah menentang Kelantan di Stadium Likas malam esok seperti dalam satu kenyataan yang sedang tular di media sosial.

Ia adalah kenyataan palsu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sepak mula perlawanan adalah jam 9.00 malam dan bukannya 8.15 malam seperti yang dinyatakan dan kenyataan palsu itu.
Sepak mula esok agak lewat berbanding perlawanan sebelum ini kerana akan ada sedikit acara sempena Majlis Penyerahan Piala Liga Premier sebelum dan selepas perlawanan.

TYT Tun Juhar Mahiruddin, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal dan Pemangku Presiden SAFA Datuk Peter Anthony juga akan hadir menyaksikan perlawanan dan majlis penyerahan piala.

Tiket bagi menyaksikan perlawanan itu akan dijual dengan harga seperti biasa iaitu RM25
bagi tempat duduk di kawasan berbumbung dan RM15 bagi tempat duduk kawasan terbuka.

Tiket akan dijual di kaunter tiket Stadium Likas bermula jam 8.00 pagi 13 Julai.

Andrew Majanggim
Setiausaha Agung SAFA

Post a Comment

0 Comments