Sabah paling tinggi pesakit talasemia
POON (dua dari kanan) melawat pameran.
Sabah mencatat 1,815 pesakit talasemia yang didaftarkan sehingga 31 Disember 2018, sekaligus sebagai negeri paling tinggi pesakit Talasemia di Malaysia.
Menteri Kesihatan Dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Poon Ming Fung @ Frankie berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Talasemia Sedunia 2019 Peringkat Negeri di Dewan Tun Said, pada Sabtu. Menurutnya, di Malaysia nisbah adalah 1 dalam setiap 20 rakyat adalah pembawa keturunan atau gen talasemia tanpa mereka sedari.
“Kerajaan amat perihatin dengan taraf kesihatan warga Malaysia.
"Atas kesedaran tentang bahaya penyakit talasemia,Kementerian Kesihatan mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan.
“Jabatan kesihatan Negeri Sabah telah menetapkan sasaran sifar kelahiran bayi dengan baka keturunan atau gen talasemia menjelang tahun 2030," jelasnya.
Tambah beliau, daerah Kota Belud mencatatkan 7.3 peratus hasil dari program saringan talasemia yang dijalankan di sekolah. Beliau turut menyeru kepada semua pihak berkepentingan dalam kawalan dan pencegahan talasemia agar berganding bahu mengurangkan beban penyakit talasemia.
Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Kesihatan Keluarga, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Dr Asits Sanna, Pengarah Hospital Kota Belud Dr Primus John, Penolong Pengawai Daerah Kota Belud Abd Wahab Sidek dan Presidan Persatuan Talasemia Negeri Sabah Francis Mujim.
0 Comments