Tungku mohon sertai pengurusan SAFA

Tungku mohon sertai pengurusan SAFA

HAMID (empat dari kanan) dan isteri (lima dari kanan) sedang melayani sebahagian orang yang hadir.

Permohonan menjadikan Tungku sebagai ahli bersekutu Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) telah dikemukakan kepada pengurusan tertinggi persatuan itu. Timbalan Presiden Safa Haji Hamid Apdal berkata, buat masa ini Tungku termasuk dalam Safa Lahad Datu.

"Tetapi mereka (pengurusan daerah kecil Tungku) ada berjumpa dengan saya untuk memohon supaya mereka dikeluarkan daripada Lahad Datu dan membentuk Safa Tungku.

"Saya sudah sampaikan perkara ini kepada Pemangku Presiden Safa Datuk Peter Anthony untuk pertimbangan," katanya.

Ditemui semasa rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Petagas pada Sabtu, Hamid berkata, fokus utama beliau ialah pembangunan bolasepak di luar bandar.


"Seperti yang saya nyatakan semasa bertanding (jawatan timbalan presiden Safa) dahulu, saya mahu supaya sukan bolasepak berkembang di kawasan luar bandar.

"Oleh itu, bagi saya amat tepat sekiranya Tungku berdiri sebagai satu badan sendiri demi kemajuan sukan ini di sana," katanya.


Sementara itu, Hamid berkata sambutan Hari Raya Aidilfitri bertambah meriah kerana ia turut diraikan oleh seluruh kaum.

"Saya lihat antara tetamu yang datang berkunjung hari ini terdiri daripada berbilang kaum. Kita bersyukur dan gembira kerana kita dapat menyambut Aidilfitri dalam suasana harmoni dan penuh perpaduan," katanya.

Selain Hamid, isteri beliau Dayang Azizah Mohd Yunus turut bersama menyambut para tetamu.

Post a Comment

0 Comments