12 pemain dalam radar Liverpool

Penyerang Celta Vigo, Maxi Gomez antara pemain sedang dipertimbangkan untuk direkrut pengendali Liverpool, Jurgen Klopp. - Foto AP

12 pemain dalam radar Liverpool


Finalis Liga Juara-Juara Eropah, Liverpool dipercayai mengintai beberapa lagi pemain untuk memperkuatkan jentera serangan kelab itu bagi menghadapi saingan baharu musim depan.

Ketika Daniel Sturridge dijangka meninggalkan The Reds selepas kontraknya berakhir, 12 nama pemain lain dikatakan sedang dipertimbangkan untuk direkrut oleh Jurgen Klopp.

Mereka adalah Bertrand Traore (Lyon), Maxwel Cornet (Lyon), Samuel Chukwueze (Villarreal), Ryan Fraser (Bournemouth), Hakim Ziyech (Ajax), Timo Werner (Red Bull Leipzig) dan Joao Felix (Benfica).
Selain itu, Nicolas Pepe (Lille), Julian Brandt (Bayer Leverkusen), David Neres (Ajax), Felipe Anderson (West Ham United) dan Maxi Gomez (Celta Vigo).

Pada jendela perpindahan kali ini, Liverpool dijangka memasuki pasaran untuk mendapatkan penyerang baharu, namun Klopp tidak akan berbelanja besar.

Ketika ini, jentera serangan Liverpool yang diketuai dua penerima kasut emas Liga Perdana Inggeris iaitu, Mohamed Salah dan Sadio Mane selain Roberto Firmino serta Divock Origi yang muncul antara wira kelab untuk layak ke final Liga Juara-Juara. - AGENSI

Post a Comment

0 Comments