10 gol terhasil SESB dan MMT di Likas
SEBAHAGIAN aksi perlawanan itu.
Perlawanan persahabatan antara pasukan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Media Mix Team (MMT), pada Ahad, menyaksikan sebanyak 10 gol dijaringkan. Bagaimanapun, aksi yang berlangsung di Stadium Likas, di sini, itu lebih berpihak kepada SESB apabila memenanginya dengan keputusan 6-4.
Pada perlawanan yang diadakan secara tiga masa itu, pasukan SESB yang diketuai Pengurus Besar UPembahagian, Ir Addie Ahmad bermula garang apabila mendahului 4-0 di babak pertama. Kesemua jaringan SESB dihasilkan oleh Mamias Harman, Jospin Gata, Mohd Siraj Munir serta Addie.
Bagaimanapun, MMT yang dibarisi pengamal media, artis tempatan dan rakan media bangkit di babak kedua apabila berjaya meledak empat gol bagi menjadikan kedudukan 4-4. Bekas pelajar Akademi Fantasia, Ebi Kornelis menghidupkan semangat MMT apabila meledak gol pertama disusuli tiga lagi jaringan oleh Greg Rozario, Alex Duin dan juga Daniel Roman.
Bermula babak ketiga, perlawanan semakin sengit apabila kedua-dua pasukan saling melakukan serangan namun SESB lebih bernasib baik apabila menambah dua lagi jaringan menerusi Nur Nazirul Dullah dan Mohd Najib Dzulnasreen Abd Hamid sekali gus mengesahkan kemenangan 6-4 mereka. Perlawanan persahabatan yang diadakan itu bertujuan bagi merapatkan lagi kerjasama dan hubungan silaturahim antara SESB dengan pihak media selain salah satu program bagi mengamalkan gaya hidup sihat dengan bermain bola sepak.
Terdahulu, aksi persahabatan itu turut disaksikan Pengurus Besar IKomunikasi Korporat SESB, Chendramata Sinteh. Selepas perlawanan itu, pihak SESB turut menyampaikan hamper kepada MMT yang disampaikan Chendramata sebagai menghargai kerjasama mereka dalam menjayakan program itu.
0 Comments