Permohonan Dan Kemaskini BSHR (BR1M) Secara Online 2019



Permohonan Dan Kemaskini BSHR (BR1M) Secara Online 2019





permohonan dan kemaskini bshr

Kerajaan terus komited dan prihatin dalam menyelami masalah dan keperluan rakyat apabila Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia mengumumkan akan terus memberikan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) atau dulu dikenali sebagai BR1M dalam pembentangan Bajet 2018 baru-baru ini. Permohonan dan kemaskini BSHR boleh dibuat mulai November ini dengan kategori kelayakan masing-masing.
Berikut bantuan BSHR yang diberikan untuk tahun 2019 ini membuktikan kerajaan faham akan keperluan rakyat di samping dapat mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Kerajaan masih mengekalkan jumlah bantuan yang sama kepada semua kategori untuk tahun 2019. Walau bagaimanapun, pemohon hendaklah mengemaskini maklumat terkini agar tidak berlaku sebarang sekatan semasa tarikh duit BSHR dimasukkan.
Jumlah Bantuan Mengikut Setiap Kategori 2019
Pautan Permohonan dan Kemaskini: https://bsh.hasil.gov.my/
Tarikh Permohonan DibukaTarikh Permohonan Ditutup
1 Febuari 201915 Mac 2019
ISI RUMAH RM2000 KE BAWAH
RM1000
-Warganegara dan menetap di Malaysia
-Berkahwin dan ada tanggungan
-Pendapatan kasar tidak melebihi RM2000 sebulan
ISI RUMAH RM2001 – RM3000
RM750
-Warganegara dan menetap di Malaysia
-Berkahwin dan ada tanggungan
-Pendapatan kasar isi rumah RM2001 hingga RM3000
ISI RUMAH RM3001 – RM4000
RM500
-Warganegara Malaysia dan menetap dalam negara
-Berkahwin dan ada tanggungan
-Pendapatan kasar RM3001 hingga RM4000
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan satu kategori baharu diperkenalkan bagi BSH bermula 2019 iaitu bantuan RM120 seorang kepada anak B40. Bantuan ini terhad kepada 4 orang anak sahaja dalam isi rumah.
KATEGORI ANAK B40
RM120
-Umur 18 tahun ke bawah
-Bukan OKU
-Isi rumah B40 terhad kepada 4 orang anak sahaja yang diberikan bantuan

Syarat Umum Permohonan BSHR 2019
  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Individu bujang atau bujang yang ada tanggungan tinggal serumah.
  3. Lelaki atau Wanita yang menjadi ketua keluarga dengan isi pendapatan tidak melebihi RM4000 sebulan.
  4. Warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM4000 sebulan.
Cara Membuat Permohonan Baru
Pemohon baru ialah mereka yang pertama kali mengisi borang di LHDN atau borang online e-BR1M. Pemohon baru juga adalah mereka yang gagal mendapat bantuan BR1M sebelum ini dan pasangan yang telah menerima BSHR 2019 tetapi bercerai atau kematian suami/isteri.
Tarikh Permohonan DibukaTarikh Permohonan Ditutup
1 Feb 201915 Mac 2019
Pautan: https://bsh.hasil.gov.my/
Pautan khusus permohonan baru akan dibuka pada tarikh yang ditetapkan. Buat masa ini pemohon boleh mengakses laman e-br1m untuk tujuan mendapatkan info yang lebih lanjut.
Cara Membuat Kemaskini Permohonan 2019
Tarikh Kemaskini DibukaTarikh Kemaskini Ditutup
1 Feb 201915 Mac 2019
Pautan: https://bsh.hasil.gov.my/
Borang permohonan dan kemaskini BSHR 2019 akan mula dibuka pada tarikh yang ditetapkan. Segala maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Jadual Duit BSHR Tahun 2019 Dimasukkan Ke Akaun

Pemohon dinasihatkan agar mengemaskini butiran peribadi terlebih dahulu sebelum membuat kemaskini BSHR 2018. Ia bagi tujuan mengelak sekatan yang mengakibatkan kegagalan pemohon mendapat bantuan.
Beberapa perkara penting harus diambil perhatian sebelum membuat permohonan atau kemaskini BSHR 2018. Pemohon harus mengambil tindakan sewajarnya sebelum tarikh permohonan ditutup. Antara perkara penting yang perlu diambil perhatian ialah:
  1. Pemohon yang memiliki pendaftaran perniagaan SSM harus mengemukakan penyata pendapatan dan penyata akaun bank perniagaan tiga (3) bulan terkini kepada LHDN.
  2. Pemilik perniagaan yang baru sahaja menghentikan operasi perniagaan haruslah membuat pengesahan penamatan/pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh SSM mulai 1 Oktober 2017.
  3. Pemilik MyPR, MyKAS, atau Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara atau dokumen perjalanan seperti pasport dan visa bagi pasangan atau tanggungan haruslah dikemukakan untuk tujuan dokumen sokongan.
  4. Pemohon yang berstatus Ibu Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda haruslah mengemukakan dokumen kematian atau perceraian pasangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri atau Jabatan Pendaftaran Negara.
Pemohon diingatkan agar tidak membuat permohonan berganda dengan mengisi borang online di masa yang sama membuat permohonan borang manual di pejabat LHDN. Pemohon hanya boleh memilih salah satu kaedah permohonan sama ada online atau ke pejabat LHDN.
Kaunter Permohonan dan Kemaskini BSHR 2019 akan dibuka pada tarikh yang ditetapkan. Bagi yang memilih secara manual, pemohon boleh hadir ke Pejabat LHDN terdekat atau terus ke Urban Transformation Centre (UTC).

Post a Comment

0 Comments