Geran Agropreneur Muda 2019

Geran Agropreneur Muda 2019



Geran Agropreneur Muda 2019 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia untuk golongan belia bawah 40 tahun.


Pengenalan



Program ini khusus untuk golongan belia yang berumur diantara 18 hingga 40 tahun. Pendekatan program ini adalah bagi membantu dan menggalakkan penglibatan golongan belia dalam bidang keusahawanan berasaskan aktiviti pertanian merangkumi semua aktiviti di dalam rangkaian nilai industri pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan.


Skop Program



Program Agropreneur Muda dilaksanakan untuk golongan belia yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi aktiviti projek mengikut sub sektor seperti berikut :
Tanaman.
Ternakan.
Perikanan.
Industri Asas Tani.
Agropelancongan.
Pemasaran dan perkhidmatan sokongan industri.


Kategori Program



1. Projek Permulaan
Belum memulakan projek.
Telah menjalankan projek kurang dari tempoh setahun atau masih belum mencapai sasaran pengeluaran secara optimum.
Mendapat sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi di bawah MOA.


2. Projek Pengembangan
Projek sedia ada melebihi tempoh setahun beroperasi.
Projek berdaya maju dan sesuai untuk penambahan kapasiti bagi pembesaran.
Mendapat sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi di bawah MOA.


Syarat Kelayakan



Syarat-syarat bagi melayakkan pemohon menyertai Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut :
Warganegara Malaysia.
Golongan belia berumur di antara 18 hingga 40 tahun.
Tidak mengira latar belakang pendidikan.
Belia yang baru memulakan projek, WAJIBmengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan atau diiktiraf oleh Jabatan/Agensi di bawah MOA yang berkaitan.
Keutamaan kepada belia yang mempunyai kemudahan tanah dan premis sedia ada.


Pemohon menggunakan borang UAM 01/14 (pin. 1/16) dan setiap pemohon layak mengemukakan satu (1) permohonan sahaja.


Jenis Bantuan


Bahagian 1 – Pengenalan


Jenis bantuan yang diberikan adalah seperti berikut:-



1. Khidmat nasihat teknikal dan latihan secara intensif Program Pengembangan yang dilaksanakan oleh Jabatan/Agensi atau Syarikat Peneraju (dilantik MOA) berkaitan dengan projek yang dijalankan.


2. Sumbangan berbentuk barangan (In-kind contribution) mengikut jenis projek yang dicadangkan. Ini merupakan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan supaya pelaksanaanya akan dapat memberikan impak yang lebih besar.


* HANYA LAYAK KEPADA PESERTA DI BAWAH KATEGORI PROJEK PERMULAAN


3. Pakej Khas Pembiayaan bagi pembesaran projek pertanian sediaada dengan had maksimum pembiayaan daripada agensi pembiaya seperti berikut :

Agrobank – RM 50,000 hingga RM 200,000 bagi setiap projek

TEKUN Nasional – sehingga RM 50,000 bagi setiap projek


* HANYA LAYAK KEPADA PESERTA DI BAWAH KATEGORI PROJEK PENGEMBANGAN


Mekanisma Pelaksanaan


Permohonan



Golongan belia yang layak perlu membuat permohonan di Pejabat Jabatan/Agensi Daerah di bawah MOA, MAFI (Negeri Sabah) dan MOARE (Negeri Sarawak) atau Negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah) yang terdekat dengan melengkapkan dokumen-dokumen berikut :
Borang UAM 01/14 (pin. 1/16) beserta salinan kad pengenalan dan gambar berukuran pasport.
Kertas Rancangan Perniagaan yang lengkap.
Borang permohonan pembiayaan Agrobank atau TEKUN Nasional (bagi permohonan kategori Projek Pengembangan) atau
Menyertakan sijil latihan/kursus berkaitan projek (bagi permohonan kategori Projek Permulaan).


Borang

Lampiran 1 : Penyediaan Rancangan Perniagaan
Lampiran 2 – Borang Pendaftaran UAM
Lampiran 3 – Borang Penilaian Permohonan Geran
Lampiran 4 – Borang Penilaian Permohonan Pembiayaan
Lampiran 5 – Tawaran Geran
Lampiran 6 – Borang Penilaian Sebutharga Pembekalan
Lampiran 7 – Borang Pembekalan
Lampiran 8 – Borang Kemajuan Prestasi Usahawan
Lampiran 9 – Borang Laporan Pemantauan


Dokumen lengkap perlu dihantar ke jabatan/agensi MOA sebelum tarikh tutup permohonan mengikut fasa.


Tiga tarikh fasa permohonan dibuka iaitu Fasa 1 (1-31 Januari), Fasa 2 (1-31 Mei) dan Fasa 3 (1-30 September).


Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi 03-88701234 atau e-mel ke uam.agropreneurmuda@gmail.com atau layari laman sesawang www.moa.gov.my.

Post a Comment

0 Comments