FAMA Ranau kini semakin mendapat sambutan dikalangan petani

FAMA Ranau kini semakin mendapat sambutan dikalangan petani





‘APAI' .... Kopi Ranau turut dijual di tamu FAMA Ranau.


RANAU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) daerah ini, kini semakin mendapat sambutan menggalakkan daripada para petani tempatan.

Ketua Unit Fama Ranau, Hasin Bin Abas ketika ditemui memberitahu, penyertaan para petani tempatan menjual hasil pertanian dan produk mereka kini semakin bertambah daripada 90 orang sebelum ini kepada 100 orang.

“Pertambahan ini membuktikan para petani kini punyai kesedaran untuk berniaga bagi menjana pendapatan keluarga sekaligus memotivasikan mereka untuk meningkatkan usaha menceburkan diri dalam bidang pertanian sebagai perniagaan,” jelas Hasin.

Tinjaun ke lokasi Fama Ranau di tapak tamu bulanan Ranau terletak kira-kira satu kilometer dari pekan mendapati ribuan orang ramai membeli-belah dan para peniaga menjual hasil produk masing-masing dengan harganya yang berpatutan.

Suasana menyaksikan tawar-menawar antara pembeli dengan para penjual pelbagai hasil pertanian, seperti buah-buahan tempatan termasuklah buah durian, tarap, nangka, rambutan, langsat, rambai, timun kampung, ubi manis, ubi kayu, sayuran segar tanah tinggi, peralatan dapur, ikan kolam air tawar, ikan kering, ikan bilis dan banyak lagi.

Tamu FAMA Ranau yang wujud sejak 2008 itu, diadakan setiap hari Rabu bermula sekitar jam 6.00 pagi dan berakhir menjelang tengahari.

Hadir sama ‘Turun Padang’ untuk memantau tamu Fama Ranau itu ialah, Pegawai Fama Daerah, Sahirin Bin Omar.--New Sabah Times

Post a Comment

0 Comments